Welcome

assalamualaikum dearies!

ehem.
as a blogger, i like to share my thoughts, ups and downs, my life story, and a lot of other stuff.
but when i write saja saja je, just for my own sake, i didn't expect anyone to leave a comment. but when you (yes, you!) do, i'm honoured. serious!

bila baca some comments back, it's amazing how a lot of you have more amazing stories, how you've opened up to me, how willing you are to share your moments of laughter, ups and downs, and more..
i rasa..
terharu.
sangaaaaaaaaaaat sangat sangaaaat!!

serious!

i ni tak tau how to reply comments to be honest. so many times i baca comments tergelak2 sampai nangis, and ada gak yang nangis sebab i feel the sadness, ada yang tak putus putus bagi motivation and support =')
so what i do is, i pray for you.

and the reason that i'm telling this is because i want you to know that i appreciate, so very much!!, for all of your comments, for sharing a lot with me, and because i really don't know how to repay your kind effort!

whether you suka saya or tak, that much effort to write something in the comment box, letting me know your experiences and opinions, and hit that publish button, means a lot.
and like i said, i don't know how to repay you all..
since i'm not the kind yang buat giveaways or umm.. apa apa lagi, that's why i hope that my prayer to you would be good for you =)

in sha Allah.

and whether you're a silent reader ke, loud reader ke, guling reader ke, jumping reader ke, eh eh eh, dah over. ehem. thank you so very much!

may Allah SWT jodohkan kita untuk bertemu.
if we get to, i wanna give you a strong hug! tapi kalau i ngan my husband, tak boleh.. takut dia jealous. haha! (tapi on a serious note, bila i ngan hubby memang tak sociable sangat.. so sorry about that in advance!!)
if we don't get to jumpa, takpe. hope my prayers sampai jua =)





Acar rampai gaya peranakan


Timun sebiji, lepas tu karot ada 1/2 batang, apa kata kita buat acar, lagi pun Bak masih tak berapa selera nak makan, mungkin acar boleh membuka sedikit selera Bak. Resipi mudah dan ada pengaruh orang peranakan dalam bahan2nya, terutama penggunaan buah keras sebagai menambah rasa lemak dalam acar tadi. Kalau suka anda boleh campur telur burung puyuh atau keratan ikan tenggiri yang digoreng. Sedap dimakan bersama nasi kosong atau nasi beriani atau pun nasi minyak. Cm sarankan anda sesuaikan rasa uktu selera anda, samada nak lebih rasa manis, masam dan sebagainya. Ok resipi mudah seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji timun bersaiz besar
1/2 batang lobak merah
8 biji bawang merah, belah 2 setiap 1
5 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1/2 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 camca teh biji sawi*
3/4 camca teh serbuk kunyit
4 camca besar cuka makan
1 camca besar bijan, digoreng tanpa minyak hingga wangi
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 biji buah keras, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
Timun dikerat empat, buang empulurnya dan hiris jejari, lobak merah dikikis sedikit kulitnya, kerat 2 atau 3, kemudian potong dan hiris jejari. Cili merah dan hijau dikerat 3 setiap satu, buang biji dan hiris jejari. Cuci dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 bertanda (*), bawang putih, bawang merah dan halia hingga harum kemudian masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit, masak hingga garing, guna api kecil dan kacau selalu.
Masukkan cuka makan, gula (anggaran 2 camca besar) dan sedikit garam. Kacau rata dan tambah lobak merah. Masak hingga pekat dan lobak merah lembut. Masukkan timun, cili merah dan cili hijau. Kacau rata dan masak sekejap. Rasa dan jika perlu tambah garam atau gula, bolehlah tambah.
Matikan api, dan boleh diangkat. Tabur bijan sebelum dihidangkan bersama nasi minyak atau nasi putih dan lauk-pauk yang lain. Kalau nak makan begitu sahaja pun sedap, selamat mencuba!.

Acar buah peach berkismis


rsz_dsc_8760
Assalammualaikum, selamat petang. Ok dalam entri lepas mat letak resipi nasi beriani ayam yogurt kan, dan kali ni mat letak acar buah peach pulak. Sebab nasi tu dah ada ayam dalam dia, jadi mat tak masak lah lauk lagi, cuma makan dengan acar buah peach ni saja. Mat guna peach dalam tin tu, kita toskan airnya dan ambil dalam 3 camca besar. Acar ini sedap dan mat guna gula perang sebab buah peach tu sendiri dah manis, mat letak juga kismis hitam sebagai penambah rasa. Resipi acar ini takdelah susah sangat, cuma buah peach tu kita letak akhir sekali, masak dalam 4-5 minit macam tu, rasa dan boleh matikan api. Sedap dimakan selepas kita biarkan 3-4 jam, rasa dia lebih mesra. Jomm lihat resipi dia pulak...


 
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sedang buah peach dalam tin (mat guna cap ayam), kalau besar potong
1/3 cawan kismis hitam
10 biji bawang merah, belah dua setiap biji
5 ulas bawang putih, belah dua setiap biji
1 inci halia muda, hiris halus
1/2 bahagian traffic light capsicum, didadu
1 camca besar udang kering, rendam, tos dan tumbuk halus
1/2 camca besar ketumbar biji*
3/4 camca teh jintan kasar*
3/4 camca teh jintan halus*(*disangai dan tumbuk halus)
1/3 cawan cuka makan (mat guna jenama Jalen)
Garam secukup rasa
Gula perang secukup rasa (dalam 1/2 cawan)
3/4 camca teh biji sawi
1/2 camca teh serbuk kunyit

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis, bawang putih, halia, udang kering, biji sawi, tumis hingga wangi. Masukkan rempah yang ditumbuk halus tadi dan serbuk kunyit, kacau rata dan tumis hingga harum. Masukkan cuka dan gula perang, kacau rata. Masak dengan api perlahan.
  2. Masukkan bawang merah, trafficlgiht capsicum dan kismis, masak hingga pekat. Tambah garam secukup rasa, jangan banyak, kasi rasa lemak2 sudah. Akhir sekali masukkan buah peach. Masak dengan api perlahan, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Keseimbangan rasa amat penting, mesti ada rasa manis, sedikit masin dan masam..

Beza perfume tiruan and original



Sebenarnya yang ajar aku ni ialah seorang promoter di kaunter perfume mana ntah. Lupa sudah sebab it was a long time ago. Terima kasih kepada insan tersebut kerana telah menyampaikan ilmu yang berguna. Thought that I'd share so you guys won't get cheated by any unauthorized perfume dealer in future. Mari bereksperimen bersama Honeykoyuki anyoynyoynyonyo =)
 
1. Ambil botol perfume
2. Terbalikkan botol itu (Turn the bottle upside down)
3. Goncang laju-laju (Shake it)
4. Nanti akan keluar buih (Bubble will appear)
5. Apabila buih sudah keluar, lihat pula masa yang diambil untuk buih tersebut hilang.

Hypothesis : Semakin cepat buih hilang daripada pandangan mata anda, semakin tiruan perfume itu.

Penjelasan : Buih cepat hilang kerana ratio kandungan solute dan solution di dalam perfume itu adalah sangat berbeda. Dalam erti kata lain, perfume itu banyak di campur air. Kerana itu, ia dipanggil tiruan kerana ia cair dan tidak tahan lama. Jikalau perfume original, buihnya mengambil masa yang agak lama untuk hilang kerana ratio kandungan solute dan solutionnya tidak jauh berbeda (pekat).

Untuk melihat perbezaan yang ketara, sila bandingkan buih perfume RM35 dengan perfume RM260. Then you got what I mean. Selain itu, anda harus membandingkan perfume dengan perfume (EDP). Bukan perfume dengan Eau de Toilette (EDT) mahupun Body Mist. Ini kerana setiap satunya mempunyai concentration value yang berbeza.

There you go. Now go and get your mummy perfume and try this cool experiment ! Happy New Year Everybody !

Kuih Bakar Daging


rsz_dsc_2787
Cobaaann dan godaan, tu je boleh mat kata. Tu hari Kak Jee @ Puan Fauziah Abdul Samad buat kuih bakar daging dan dia up di blog beliau di sini. Mat pulak tiba2 macam nak terbuat pulak. Jadi hari ni mat buat. Resipi boleh dikatakan senang dan kalau perhatikan ia kurang lebih macam kueh cara berlauk tapi versi besar. Cara membuatnya ada perbezaan sikit dan mat ikut macam mana Kak Jee sarankan. Pada mat lah kuih2 tradisi ni kalau nak sedap, kena ikut betul2 resipi, kalau kata guna santan, mesti kena guna santan, tapi tak salah nak ganti dengan susu, dan kalau kata guna telur sekian banyak, guna seperti yang disarankan. Kita pun bukan nak buat hari2. Kalau oter atau derhaka resipi sampai terlampau angat, dan hasilnya agak kurang memuaskan, jangan persalahkan resipi atau pemberi resipi, tapi salahkan diri anda. Serius ni, bukan cakap main2....
 
 
Kalau ikut resipi asal, ia agak banyak, dan penduduk rumah mat pun tak ramai sangat, maka mat buat 1/2 adunan dan jika resipi asal menggunakan 5 biji telur, ia jadi agak keliru. Mat selalunya guna 3 dan cecair contoh air yang digunakan dalam resipi tadi, mat kurangkan sedikit dalam 1 camca besar macam tu. Bila kita mencuba apa2 resipi sekali pun, kena guna akal logik, mat pun bukan lah pandai, cuma belajar dari pengalaman. Kita pun banyak kali juga buat silap. Baru2 ni mat belajar sesuatu dari Kak Yatie Memories....terima kasih kak..

page
Untuk kuih bakar daging ini mat guna 2 jenis acuan lama yang mat ada. Satu tu acuan kuih bakar kemboja jenis kecil seikit dan pecah enam (mat nampak Kak Jee guna yang pecah lapan). Dan satu lagi bekas bentuk buah ceremai besar. Yang tu pemberian waris2 pada bonda mat masa beliau berusia 11 tahun, milik arwah nenek kami yang menetap di Rembau Negeri Sembilan. Tadi mat guna dan sikit pun tak melekat, walaupun usia bekas tu hampir 80 tahun...comel jee. Resipi akan menghasilkan 2 keping kuih bentuk ceremai dan 2 keping betuk bunga pecah enam. Terima kasih pada Kak Jee dan kita lihat resipi yang telah mat bahagi dua...

BAHAN-BAHAN KUIH BAKAR :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dengan susu cair/susu rendah lemak)
3 biji telur gred A
180 ml air
Sedikit garam
Minyak sapi secukupnya (boleh ganti dengan mentega atau marjerin)
Beberapa titik pewarna makanan kuning
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Cili merah, didadu kecil, untuk hiasan
Sos cili sebagai pencicah

BAHAN INTI DAGING :-)
150 gram daging kisar (atau daging batang pinang yang dipotong kecil2)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's)
1 biji bawang besar saiz sederhana, dadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
Sedikit air
Hirisan daun sup secukupnya
Sedikit hirisan cili merah
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI DAGING :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari daging dan kacau rata. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api (ini optional, tak nak letak pun takpe). Sejukkan.
  2. UNTUK ADUNAN KUIH BAKAR :- Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung, kacau lagi hingga tidak berbintil2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit garam, garam sikit saja nak bagi rasa lemak, inti nanti pun dah ada garam. Tapis dan ketepikan. Atau anda boleh masukkan dalam blender dan kisar halus.
  3. UNTUK KUIH BAKAR DAGING :- Panaskan acuan atas dapur, guna api sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 camca besar), kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian2 tepi kuih nampak garing. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata2. Tutup permukaan acuan sekejap.
  4. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja (mat guna api "grill"). Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan.
  5. Buat kaedah sama pada baki adunan tadi. Guna 2 acuan jika ada untuk mempercepatkan proses membakar. Atau anda boleh cuba bakar dalam tin seperti kuih bakar atau bingka yang lain. Hidangkan bersama sos cili....Selamat mencuba!...

Contact Us

Products & Services

Services all Wiring, Installation, Maintenance and Technical work Electrical specialist, Mechanical job CCTV system, Telephone, Key phone system, Network Internet system, Alarm System, Auto gate system, Access card, Intercom, Air-conditioning and etc, This blog info we services Industry and Domestic, Story functions Technology Electrical and Mechanical, Diagram installation intro, We business in Kuala Lumpur, Malaysia. Anything questions please contact my Number or Email.

About Us

Engineering 101

Assalamualaikum!

i have been working as an engineer ni for almost two years and i think i hardly ever talk about it.
sedih.
bukan apa, i blame the media.

YO producers/script writers/directors/and those yang kerja in filming industry!

Y U NO MAKE MOVIES OR SERIES PASAL ENGINEERS?!
*exception of Prison Break.

kalau ada pun, tak melekat kat people's minds to know what engineers do. coz we all know what doctors do, what teachers do, what happens in glee clubs and hair salons, but really, apa sangat yang orang tau pasal engineers?

sooooooooooooooooo,
meh saya ajar sikit pasal engineering ya. and this episode, i nak ajar pasal fittings!! yayyyy!! (?)

*ehem*
kalau buat satu project, tak kisah la rumah ke, building ke, toilet ke, train station ke, fittings mesti ada. fittings ni diumpamakan as penyambung. Fit-Tings. It Fits. eh macam potential nama kedai je. ahak!
function fittings ni, well, menyambungkan pipes or besi or whatever.

here are some examples of fittings: